Monday, September 29, 2014

Overnight study..

Alhamdulillah...

Selesai satu chapter untuk malam ni. Sejujurnya, waktu macam ni la yang paling berharga buat aku. Bila Sofea bangun memang payah nak buat kerja, lagi-lagi ayah dia pun sibuk, tak ada sorang pon dapat fokus bekerja.

Siang hari pula ke kelas, uruskan rumah tangga, tak ada masa pun untuk diri sendiri..

Masa itu emas, cukup berharga untuk aku sebagai studmommy....

dah la, cukupla tu untuk pagi ni.....

2.35 pagi..
Tutup mata, tutup handfon, tutup laptop....
Rehatkan minda, esok kuiz daa...

Selamat malam bintangku, selamat malam sayangku....

Sunday, September 21, 2014

Inflatable Car Bed

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, Aleesha Sofea dah masuk 7 bulan 4 hari hari ini. Semakin besar si comel, semakin banyak kerenah dan aktivitinya. Kalau dekat rumah tu mungkin tak ada lah masalahnya sebab selalu dipantau depan mata, tapi kalau nak keluar tu mesti jadi masalah besar lah..
Sebagai puan besar, tempat duduk aku semestinya sebelah pemandu, tapi kalau jauh perjalanannya, terpaksa la aku duduk di belakang sebab lebih selesa. Tak larat bak hang nak pegang Sofea yang semakin membesar dan lasak tu.
Bila dah namanya seorang pelajar, ke kelas jela aktiviti suami isteri ni, dan disebabkan jadual yang berlainan, kami pun terpaksa la berkejar tukar Sofea di Uia. 1st kelas mula dengan aku, dan masuk jadual kedua, suami akan datang dengan kereta bawa Sofea dan bertukar lagi bila masuk waktu ketiga. Huru - hara, haru - biru la dibuatnya, siapa nak pegang Sofea bila drive sorang??

Jawapannya ......


 Inflatable Car Bed. 

Mulalah pencarian aku kat mana orang jual??  Price dia berapa?? Quality dia macam mana?? Size dia apa ?? Muat tak dengan keretaku??  ..... ok, meh aku jawab soalan aku sendiri...

1... Orang yang jual kat internet ramai, kau pilih je siapa yang kau nak. Tapi macam biasa la, hati-hati k,cari orang yang betul-betul meniaga barang,bukan meniaga gambar.

2... Price paling mahal RM280 aku jumpa area WangsaMaju. Price paling murah RM125 lelong dekat Ampang. Average price around RM150 - RM180.

3...  Banyak buyer yang dah beli puas hati dan cakap material dia OK sangat-sangat.

4... Size dia 135cm x 88cm x 42cm. Sesuai untuk semua jenis kereta sedan, suv dan mpv. Tapi untuk kereta yang bahagian tengah menonjol sikit tak sesuai DAN......

5... Tentulah tak muat dengan saiz kereta aku sebab kancil, viva, kelisa dan kereta yang kecil dan seangkatan dengannya tak boleh masuk.

Sekian sahaja laporan tinjauan untuk malam ini, moh le kita carik yang lain pulop......

Aku kalau boleh tak nak pakai car seat biasa sebab macam tak menarik je. Aku dah berkenan sangat dengan yang ini, tapi apakan daya...Selamat Malam sahajalah gayanya.......

Tuesday, September 2, 2014

Iman Bajet Homestay Alur Lintang Besut

Iman Bajet Homestay

Homestay ini ialah Rumah teres menyediakan penginapan alternatif berkonsepkan rumah kediaman dalam suasana kontemporari yang selesa kepada pengunjung yang datang bercuti / melancong / rombongan perkahwinan dan lain lain ke Besut.


Menepati keperluan pengunjung, Homestay kami menyediakan 3 bilik tidur (2 katil kelamin dan satu katil bujang) 2 bilik air , ruang tamu ,ruang makan dan dapur. 
Kemudahan tambahan :

  • 3 bilik berkipas angin, 
  • Seterika dan Iron Board
  • Keperluan solat
  • TV
  • Keperluan dapur ( dapur gas,cerek elektrik, periuk elektrik, peti sejuk, pinggan mangkuk)
  • Extra TOTO dan bantal disediakan